Tip elakkan letih memandu


Kepada kawan-kawan yang akan memandu balik ke kampung hari raya ini, servislah kereta anda dan jangan tunggu di saat-saat akhir. Hati-hati memandu, kerana kemalangan bukan saja melibatkan diri kita seorang , seringkali membabitkan orang lain. Bukan saja kemusnahan harta benda dan yang lebih parah kehilangan nyawa juga penderitaan perasaan bagi sanak saudara dan keluarga yang ditinggalkan.

Kemalangan yang berpunca dari rasa letih selalunya menyebabkan kecederaan yang teruk berbanding kemalangan akibat punca- punca lain. Pemandu yang keletihan bertindak balas lebih lambat dan pertimbangannya mudah terganggu.

Keletihan dikaitkan dengan kebosanan, kesedihan, kekecewaan, kurang tidur atau teruk bekerja. Rasa letih ini tidak sama seperti rasa mengantuk, tetapi biasanya keinginan untuk tidur akan timbul seiring dengan rasa letih .

PUNCA-PUNCA KELETIHAN MEMANDU:
* Memandu untuk jangka masa yang lama tanpa berhenti rehat

* Mengambil alkohol

* Kurang tidur atau kurang rehat atau kedua-duanya sekali.

* Ubat-ubatan seperti antihistamin, antihipertensi, sedatif atau diuretik

* Masalah kesihatan seperti penyakit Addison, anemia, AIDS, gangguan alahan yang kronik seperti demam alergi atau lelah, malignan, diabetes, kegagalan jantung

* Senaman berlebihan/ kurang senaman

* Tekanan perasaan atau stress

* Memandu lewat malam atau awal pagi, iaitu waktu yang pada kebiasaannya anda tidur.


TANDA-TANDA KELETIHAN:
* Kerap menguap dan mengantuk

* Keliru dan pemikiran yang kabur

* Murung dan mudah baran

* Tindak balas dan reaksi yang lambat

* Khayal atau berangan-angan

* Sukar hendak membuka mata, terasa penat, sakit-sakit badan, mengawal stering sambil lewa

* Tidak nampak lampu isyarat atau papan tanda

* Gagal menumpukan perhatian

* Tidak dapat mengingat apa yang berlaku dalam tempoh beberapa minit atau beberapa saat lalu

* Badan atau kepala bergoyang-goyang kerana tersengguk-sengguk

* Kereta terbabas atau termasuk ke lorong lain

* Tersengguk-sengguk semasa memandu

* Peningkatan sensitiviti mata terhadap cahaya (tidak dapat menahan silau cahaya).



PENGURUSAN DIRI:
* Perlahankan kereta anda

* Berhenti dan berehat di tempat yang sesuai

* Berbual dengan penumpang jika ada

* Pasangkan radio anda dan cuba menyanyi bersama-sama dengan alunan muzik yang dimainkan

* Turunkan tingkap kereta agar udara segar dapat masuk atau pasangkan penghawa dingin pada tahap maksimum

* Keluar dari kereta dan berjalan-jalan sekejap

* Berhenti sekejap untuk minum ( di luar masa puasa )

* Berhenti rehat untuk mandi

* Bermalam dahulu sebelum memulakan balik perjalanan yang jauh



CUBA KAEDAH LAIN:

* Berhenti sekejap untuk berehat bagi setiap satu atau dua jam memandu

* Berkongsi memandu dalam perjalanan yang jauh dan pastikan anda berehat apabila sampai giliran bertukar pemandu

* Jika anda telah penat bekerja seharian, janganlah memandu untuk perjalanan yang jauh

* Sesekali biarkan udara segar memasuki kereta anda kerana kereta yang sentiasa tertutup boleh membuatkan anda mengantuk

* Rancanglah perjalanan anda dengan mengambil kira tempat-tempat persinggahan menarik yang boleh dilawati di sepanjang perjalanan

* Awasi tanda-tanda yang menunjukkan anda mungkin letih seperti sakit-sakit badan, mata terasa penat dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika memandu. Jika ini berlaku, berhenti dan berehatlah

* Rancanglah untuk bermalam di sesuatu tempat jika anda dalam perjalanan yang jauh

* Pastikan ubat-ubatan yang anda ambil tidak mempengaruhi keupayaan anda memandu. Dapatkan maklumat lengkap mengenainya daripada doktor atau pegawai farmasi.


(Dipetik dari Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan).

Cuti

Ape tgk2?..tak de keje lain dh ke?

..org tgh sibuk ni...nah gi buat keje memasing

(itulah tanda2 x dpt cuti ..raya)

Aidilfitri

Tinggal beberapa hari je lagi dah nak raya...tapi
kenapa ..terasa spt kehilangan sesuatu?

...ahh..rupa2 rupa nya Ramadhan dh nak balik...huhu..sedih
ntah ..dpt jumpe lagi ke tak? ntah dpt layanan baik ke dak?